~kau Yang Aku Cinta~

Saturday, January 16, 2010 Posted In Edit This 4 Comments »
~KAU YANG AKU CINTA~

ANJURAN:Cik Halena's
segala syarat2 dan cara2 menyertai ke SINI

hati dan budi menjadi pilihan,
bukan pangkat bukan harta,
akanku serah jiwa dan belaian,
kerana kau yang aku cinta.

cincin berlian buat hantaran,
untuk meminang si dara jelita,
makin ku pandang makin tertawan,
kerana kau yang aku cinta.

janji kasih sehidup semati,
hingga sampai menutup mata,
hanya kau terpahat di hati,
kerana kau yang aku cinta.

kalau sudah sudi dihati,
tiadaku pandang emas permata,
cinta ikhlas dari hati,
kerana kau yang aku cinta.

sentuhanmu hangat membara,
bisikan manja kalimah cinta,
rindu hatiku makin bergelora,
kerana kau yang aku cinta.

sungguh perit seinci berpisah,
mulalah diri meronta-ronta,
bersemi kasih tiada pemisah,
kerana kau yang aku cinta.

buktikan cinta membina istana,
janganlah hanya mengukir kata,
menjadi permaisuri hatimu sudah terlaksana,
kerana kau yang aku cinta.

kebahagiaan kini sudah tercapai,
bersamamu dan putera tercinta,
hiduplah kita aman dan damai,
kerana kau yang aku cinta.

sungguh indah alam berkasih,
di sulami kata-kata cinta,
sungguh terpesona dakapan kasih,
kerana aku yang aku cinta.

makan bersama tidur bersama,
memang indah tidak terkata,
ingin bersamamu selama-lamanya,
kerana kau yang aku cinta.

sepuluh tahun membina mahligai,
dikurniakan 2 cahaya mata,
relaku rempuh onak dan badai,
kerana kau yang aku cinta.

~sekian~  

4 comments:

helena's said...

saya suke saya suke..gamba pun menarik..

penyertaan diterime yeh!thanks for joining..

salam kenal..

miemiey said...

MEKACEH CIK HALENA...ALHAMDULILAH PENYERTAAN DI TERIMA..AMIN...

ASaDa RyutaRo said...

huwaaa~~ patut la org undi ni menang tempat ke-6..

memang best la pantun ni..

kalah la ngn mimiey klu camni..
sob.. sob.. sob..

Az Rina said...

nak vote kat sini kah tempatnye? heheheh..

Related Posts with Thumbnails