Contest- Saat Indah itu

Monday, January 25, 2010 Posted In Edit This 2 Comments »
sticky mode entry
CONTEST SAAT INDAH ITU

PENGANJUR:MRS.WANA

NAK JOIN KLIK SINI

Contest ini dibuat sempena Hari Lahir Mr Zaidi pada February nanti. Berjalan selama sebulan Mulai 25 December 2009 dan tamat pada 25 January 2010. Kisah kan cinta anda kepada kami.. serta anyamkan saat indah itu!! imbas dan Imbau kasih sayang anda bersama pasangan anda.


Apa yang anda perlu lakukan?
1. Letakkan Tarikh perkahwinan anda.

~19 MARCH 2000~

2. Nama Pasangan Anda

~MUHD NAZIR B MD.DIN~

3. Nama cahaya mata anda jika ada.

1)MUHD HAIRIL NAZRI(9 TAHUN)

2)MUHD DANISH DANIAL(7 TAHUN)

4. Jawab satu soalan.

Bilakah tarikh Pernikahan kami Wana & Eddie????
( Klue: Jawapan ada pada cerita lama/ Blog ini)

~24 NOVEMBER 2007~


4. Letakkan Gambar anda bersama pasangan( Suami / Isteri) atau keluarga 

*
*
*
*
*

Tidakku menyesali memilihmu menjadi raja hatiku..

segala yang terjadi ada hikmah yg tersembunyi

yang pasti ALLAH tak akan zalim dengan ketentuannya


masa yang berharga bersama keluarga di JB

Kami sekeluarga menikmati kebahagian saat bercuti tempoh hari di kl...

saat percutian yang menyeronokkan di DESA WATER PARK

semasa ni dapat di rasakan betapa eratnya kami sekeluarga bersama anak2 tersayang

dikurniakan 2 cahaya mata sepanjang 10 tahun bersama abang..aku amat bahagia dengan adanya anak2 ini..idup kami tidak sunyi dan kami dapat belajar menjadi ibubapa yg lebih baik..menghiburkan kami di kala sunyi ..dan gelagat harian mereka yg melucukan menjadi kenangan buat kami..tanpa mereka bertiga aku diibaratkan layang2 yg putus talinya..harapan agar anak2 kami menjadi anak yg taat kepada ALLAH..Kejayaan yg seimbang di dunia dan akhirat...mereka adalah harta yg terbaik yg kami miliki... 

cinta kami utuh buat selamanya...


4. Ceritakan kepada kami kisah cinta anda & Kenapa si Suami/isteri & Anak anda begitu Istimewa dalam hidup anda. Ringkas Tapi padat.. tak perlu panjang lebar.

Bertemu dengan abang adalah saat yang paling bahagia dalam hidupku..sungguh tak ku menyangka pertemuan yg sesingkat itu berakhir dengan perkahwinan..sekitar 6 bulan jee kami mengenali hati budi masing2 lantas di jodohkan ..munculnya abang di dalam idupku ketika dan waktu diriku dah mula tidak mempercayai lelaki..aku kecewa dgn insan yg bergelar lelaki ketika itu yg hanya berjanji kosong setia dalam perhubungan...semasa tu aku frust nonggeng dengan x boy prend yg aku kenalan semenjak sekolah..(nakal gak aku)...aku bersikap acuh tak acuh dengan abang pada mulanya...hanya tuk berkawan tu jee...namun lama kelamaan hati aku dah mula yakin bahawa abang lain dari yg lain..yg memberi keyakinan kepada ku bahawa lelaki tidak semua begitu..yg banyak mengajar aku tentang ilmu tuhan...yang mengajar aku menjadi seorang perempuan..ketika tu abang tiada apa2..tapi hati aku tak boleh menipu diri sendiri aku sudah jatuh cinta dengan hati budi abang yg selalu memberi harapan buat aku bahawa esok masih cerah...terima kasih abang...kerana segala pengorbanan mu terhadap isterimu ini amat besar,,,pada tanggal 19 march 2000 kami bergelar suami isteri..pelbagai cabaran yg kami lalui bersama dgn tenang dan sabar..menjadi seorang isteri bukan perkara nudah,,harus ada tanggungjawab yg besar,,alhamdullilah kami di kurniakan 2 orang cahaya mata lelaki..dan kami bersyukur dengan rezeki yg ALLAH bagi...sehingga kini kami bahagia dan usia perkahwinan kami akan cecah 10 tahun pada 19 march 2010 akan datang...moga kami kekal hingga akhir hayat...amin...

5. Maklumkan kepada pembaca anda apakah hadiah yang akan dimenangi sekiranya anda berjaya

Hanya satu sahaja hadiah yang akan dimenangi

Penginapan 2 Hari 1 malam sempena Valentine Days di
Seri Costa Hotel Melaka.
untuk 2 orang. Serta sarapan pagi untuk 2 orang.Pada 13 February 2010(Saturday). Raikan kisah cinta anda bersama orang tersayang.

Terma & Syarat
1.Penganjur berhak menukar hadiah dengan harga yang setimpal dengan hadiah berikut.
2. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang email- mengemail atau komen tidak akan dilayan.
3. Hadiah hendaklah dituntut sekurang-kurangnya 3 Hari selepas tarikh pengumuman pemenang.

6.Tinggal kan link ke URL anda di Comment box ini atau email ke wanani3@yahoo.com
~OKES~
Syarat-syarat Penyertaan
1. Jadi Follower Mr & Mrs.Zaidi Stories dan Link kan Blog anda dengan kami
2. Letakkan Banner Saat Indah Itu di Side Bar blog anda beserta link ke Mr. & Mrs zaidi Stories Blog
.3. Pastikan Entry Contest ini dalam Sticky Mode untuk 48 jam (4 Hari) dari tarikh penyertaan anda.
4.Sudah Berkahwin

2 comments:

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

dah semak.. semoga berjaya ye

Mohd Nazir said...

adoiii....x mtak ijin niii

Related Posts with Thumbnails